Thursday, September 30, 2010

Tahniah to all Dakwah dan Pengurusan Kumpulan 2

2 comments
Assalamu'alaikum to all viewers...

alhamdulillah...setelah berhempas pulas selama lebih kurang 3 bulan..pada tanggal 29/09/10.,Jabatan Dakwah dan Pengurusan Tahun 1 Sem 1 Kumpulan 2 telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Drama sempena minggu Bahasa Inggeris...Kami mengambil tajuk "Anakku Sazali" sebagai Drama kami dan alhamdulillah,Segala penat lelah kami di bayar dengan setimpalnya pada malam itu..huhu..gembira tak terhingga dirasa kerana segala perit getir dan cabaran hanya DP kumpulan 2 sahaja yg mengetahuinya...bila terkenang kembali perjalanan drama kami ini,memang sedih dan gembira rasenye..

Tidak lupa juga ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada Madam Shafinas yang telah byk memberi tunjuk ajar dan nasihat serta 'kerahan' kepada kami semua (hehehe),jikalau tanpa madam..alamatnye mmg kami semua takkan dapat mengecapi apa yang kami rasa pada malam ini..erm,..Tahniah juga kepada tenaga2 kerja DP kumpulan 2 dan pelakon2 juga yg telah memberi kerjasama semasa perjalanan lakonan ini dijalankan..alhamdulillah..kami membolot 3 hadiah utama iaitu "BEST ACTOR-Ayies", "BEST ACTRESS-Zila" dan yg paling penting adalah "JOHAN DRAMA ENGLISH"...


to be continue.......

Friday, September 10, 2010

KELEBIHAN MENUNTUT ILMU DAN MENYERU KEPADA KEBAIKAN

0 comments



قُلْ هَلْ يَسْتَوِى اْلَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَآلَّذِينَ لاَيَعْلَمُونَِ



Maksudnya:Katakanlah lagi(kepadanya),"Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?"

(surah al-zumar 39:9)






Maksudnya:ALLAH akan meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama(daripada kalangan kamu) beberapa darjat.

(Surah al-Mujaadalah 58:11)


setiap manusia dikurniakan oleh ALLAH akal untuk tujuan membezakannya dengan makhluk
lain.Ketika manusia dijadikan,ALLAH meletakkan amanah besar iaitu menjadikan manusia sebagai khalifah dimuka bumi. Pengurniaan amanah ini meletakkan manusia ke kedudukan yang begitu tinggi melebihi makhluk ALLAH yang lain.
oleh itu,kita sewajarnya mensyukuri anugerah ALLAH dan seharusnya dipergunakan dengan sebaik-baiknya demi mempertingkatkan kedudukan kita di sisi ALLAH AZZA WAJALA..

Akal adalah sesuatu yang amat berharga bg manusia dan tidak dikurniakan kepada haiwan mahupun benda hidup lain. disebabkan kelebihan akal yg dikurniakan oleh ALLAH ini manusia mampu untuk mencipta malah mereka cipta pelbagai bentuk teknologi yang memberikan lebih banyak kemudahan dalam kehidupan.

Oleh itu makanan utama akal ialah ilmu.Yakni ilmu syariat iaitu Al-Quran dan As-sunnah.

kewajipan menuntut ilmu sebagai agenda penting umat islam dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud:

"mencari ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim dan Muslimah"

Bertitik-tolak daripada inilah ,kita berkewajipan untuk terus memelihara akal kita dengan ilmu dan pengetahuan. Sebagai hamba ALLAH,kita tidak seharusnya berhenti melakukannya selagi masih bernafas dan menyedut udara segar kurniaan ALLAH.

ALLAH mewajibkan setiap muslim supaya terus menuntut ilmu.sebagai bonusnya,ALLAH memberikan kedudukan yang tinggi kepada mereka ini.ia dapat dilihat di kalangan masyarakat hari ini.mereka yang mempunyai ilmu dan kepakaran dalam sesuatu bidang akan dihormati dan diberikan kemuliaan di tengah masyarakat. kadangkala mereka juga turut diberi kepercayaan untuk menjadi jurucakap malah pemimpin dalam sesuatu hal atau perkara.

Bagi orang yang beriman,semakin tinggi ilmu diperolehi akan membuatkannya lebih tawaduk atau merendah diri.Ia menunjukkan bahawa seseorang yang berilmu akan semakin taat kepada Rabbnya. Inilah darjat yang dimiliki oleh ilmuwan islam @ lebih tepat lagi disebut ulama.



Firman ALLAH bermaksud: "Sesungguhnya orang yang takut(taat) kepada ALLAH di kalangan hamba-Nya ialah ulama(orang yang berilmu)" (surah Al-Fathir:28)



Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya dari DP2

0 comments

Saturday, September 4, 2010

Assalamualaikum wbt

0 comments
Assalamualaikum to all viewer...

Alhamdulillah..sedar atau tidak...kita sudah berada di persimpangan pengakhiran Ramadhan..,rase sayu dan sepi bila mengenang ramadhan yg penuh barakah ini akan meninggalkan kita.Adakah segala amal perbuatan kita sudah cukup untuk melepaskan diri semasa dihisab nnt..??,secara jujurnya,adakah ramadhan kali ini kita gunakan sebaiknya nikmat yg Allah telah beri..??adakah kita masih ditakuk yg lama..??..tepuk dada tanya diri sendiri..!..adakah kita yakin bahwa ramadhan akan dtg kita masih dapat lg merasainya..??..

ape2pn marilah kita sama2 bermuhasabah diri agar dengan penghujung ramadhan yg ada ini kita cuba 'bangkit' kembali dan gunakn peluang yg ada..Jangan jadikan alasan 'penat dan letih' sebgai tiket untuk melepaskan diri...Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Oleh itu,sempena bulan Syawal yg bakal menjelang, kami dari Dakwah kumpulan dua T1 Sem1 ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin kepada semua warga kerja KIPSAS,MPP KIPSAS dan seluruhnya...

p/s : kepada student2 KIPSAS,Raya ni jangan enjoy sakan sgt..beringat2 sket ye..huhu..bukak cuti byk bende lg nak kene harungi,,huhu..kami doakan agar anda semua selamat pergi dan pulang ke KIPSAS semula...Jaga diri dan keluarga..ingatlah orang tersayang...=)