Friday, September 10, 2010

KELEBIHAN MENUNTUT ILMU DAN MENYERU KEPADA KEBAIKAN





قُلْ هَلْ يَسْتَوِى اْلَّذِينَ يَعْلَمُونَ وَآلَّذِينَ لاَيَعْلَمُونَِ



Maksudnya:Katakanlah lagi(kepadanya),"Adakah sama orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu?"

(surah al-zumar 39:9)






Maksudnya:ALLAH akan meninggikan darjat orang yang beriman di antara kamu dan orang yang diberi ilmu pengetahuan agama(daripada kalangan kamu) beberapa darjat.

(Surah al-Mujaadalah 58:11)


setiap manusia dikurniakan oleh ALLAH akal untuk tujuan membezakannya dengan makhluk
lain.Ketika manusia dijadikan,ALLAH meletakkan amanah besar iaitu menjadikan manusia sebagai khalifah dimuka bumi. Pengurniaan amanah ini meletakkan manusia ke kedudukan yang begitu tinggi melebihi makhluk ALLAH yang lain.
oleh itu,kita sewajarnya mensyukuri anugerah ALLAH dan seharusnya dipergunakan dengan sebaik-baiknya demi mempertingkatkan kedudukan kita di sisi ALLAH AZZA WAJALA..

Akal adalah sesuatu yang amat berharga bg manusia dan tidak dikurniakan kepada haiwan mahupun benda hidup lain. disebabkan kelebihan akal yg dikurniakan oleh ALLAH ini manusia mampu untuk mencipta malah mereka cipta pelbagai bentuk teknologi yang memberikan lebih banyak kemudahan dalam kehidupan.

Oleh itu makanan utama akal ialah ilmu.Yakni ilmu syariat iaitu Al-Quran dan As-sunnah.

kewajipan menuntut ilmu sebagai agenda penting umat islam dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam sabdanya yang bermaksud:

"mencari ilmu adalah wajib ke atas setiap Muslim dan Muslimah"

Bertitik-tolak daripada inilah ,kita berkewajipan untuk terus memelihara akal kita dengan ilmu dan pengetahuan. Sebagai hamba ALLAH,kita tidak seharusnya berhenti melakukannya selagi masih bernafas dan menyedut udara segar kurniaan ALLAH.

ALLAH mewajibkan setiap muslim supaya terus menuntut ilmu.sebagai bonusnya,ALLAH memberikan kedudukan yang tinggi kepada mereka ini.ia dapat dilihat di kalangan masyarakat hari ini.mereka yang mempunyai ilmu dan kepakaran dalam sesuatu bidang akan dihormati dan diberikan kemuliaan di tengah masyarakat. kadangkala mereka juga turut diberi kepercayaan untuk menjadi jurucakap malah pemimpin dalam sesuatu hal atau perkara.

Bagi orang yang beriman,semakin tinggi ilmu diperolehi akan membuatkannya lebih tawaduk atau merendah diri.Ia menunjukkan bahawa seseorang yang berilmu akan semakin taat kepada Rabbnya. Inilah darjat yang dimiliki oleh ilmuwan islam @ lebih tepat lagi disebut ulama.



Firman ALLAH bermaksud: "Sesungguhnya orang yang takut(taat) kepada ALLAH di kalangan hamba-Nya ialah ulama(orang yang berilmu)" (surah Al-Fathir:28)



0 comments: